Tuesday, September 13, 2011

Politik Di Rumah

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai peranan Suami sebagai Pemimpin Keluarga.Saya menggunakan Istilah Politik Di Rumah kerana saya menggambarkan seorang suami itu adalah Perdana Menteri Di Rumah atau wilayah sewaktu dengannya. Perana Suami atau Pemimpin,melindungi,menyelesai,menjaga,menentang,menahan,dan sebagainya dalam politik. Rumahtangga atau Negara yang Aman dan Harmoni adalah terletak kepada kebijaksanaan pada Pemimpin Tertinggi nya.Suami perlu bijak dalam menangi isu semasa,cabaran, dan ancaman di sekelilingnya untuk memelihara keluarganya.

Sebagai Contoh,
Apabila ada pihak cuba melagakan suami dan isteri,suami itu perlu bijak dalam menjaga dan mempertahankan wilayah nya dari ancaman atau serangan musuh-musuhnya,Kebijaksanaan ia seperti mengenal pasti masalah,ciri-ciri masalah,nyatakan pelbagai cara penyelesainya,buat pilihan terbaik dan bertindak.Cara ini seperti Pemimpin pada peringkat organisasi,mereka mengenal pasti masalah yang mereka hadapi,apa kah ciri-ciri masalah,nyatakan pelbagai cara penyelesainya,memilih pilihan terbaik dan bertindak.Walaupun cadangan ini ringkas dan kurang bagus untuk peringkat yang lebih tinggi ia sesuai pada peringkat rumahtangga.

Komunikasi,
Komunikasi dengan Isteri anda sangat penting dan bagus sekiranya anda punyai skill Komunikasi yang bagus. Anda perlu tahu wanita mereka cenderung menyatakan masalah dan lelaki cenderung bertelagah.Wanita cenderung menyatakan masalah jika ada isu berbangkit,anda lelaki yang kurang berfikir akan bertelagah kerana ia tidak menumpukan pada menyelesaian masalah tetapi pada menyakinkan/menafikan  pada pasangannya tentang sesuatu masalah itu.Dengan Komunikasi Skill anda dapat memberi perjelasan yang teliti dan padat pada sesuatu masalah untuk diselesaikan bersama.

Hubungan.
Seperti di Malaysia, Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri akan mengharmonikan rakyatnya sendiri. Begitu juga seperti Suami Isteri,Suami yang memegang Kerajaan Persekutuan dan Isteri memegang Kerajaan Negeri tempias pada anaknya iaitu rakyat mereka.Kerajaan Persekutuan akan menjaga Kerajaan Negeri dari ancaman dan meningkat tarat ekonomi pada Kerajaan Negeri.Suami perlu menlindungi dari ancaman atau campurtangan asing yang hendak melagakan antara suami dan isteri.Ancaman ini senantiasa wujud,kerana mungkin Kerajaan Negeri itu begitu berharga pada musuh,bermaksud mungkin ada pihak yang inginkan Isteri sang suami itu.Kerajaan Negeri perlu memerhati tindak-tanduk Kerajaan Persekutuan,kerana Kerajaan Persekutuan penentu masa depan Negara.Kerajaan Negeri perlu mengawasi Kerajaan Persekutuan dari mengembangkan jajahan takluk yang bermaksud memberi naungan pada Kerjaan Negeri lain!atau lebih ringkas suami ingin poligami!.Ia perlu berbincang pada (Peringkat Tertinggi RumahTangga) di (Dewan Rumahtangga) perbincangan ini perlu serius dan teliti untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.Mengambil kira kemampuan Kerajaan Persekutuan melindungi,menjaga,taraf ekonomi,bajet dan lain-lain sekiranya Kerajaan Persekutuan ini menambah Kerajaan Negeri lain dibawah naungannya!.Kerajaan Negeri perlu mengemukakan kertas kerja sebagai "Mengapa Kerajaan Negeri Menbantahnya" dari segi ekonomi dan kewangan atau lain-lain.Kerajaan Persekutuan perlu mendengar atau membaca kertas kerja itu.Persetujuan untuk memiliki Kerajaan Negeri lain perlu dari sokongan Kerajaan Negeri yang sedia ada dan Rakyat nya!.Sekiranya jalan penyelesaian menemuai jalan buntu,Kerajaan Persekutuan tidak boleh meminta dari cadangan atau pertolongan dari (Kuasa Asing).Kuasa Asing mereka punyai agenda tertentu pada setiap tindak-tanduknya. Tak PERLU, masalah ini dibawah ke Mahkamah Dunia Rumahtangga.Kerajaan Persekutuan boleh meminta dari Kerajaan Persekutuan yang lain yang boleh dipercayai dan diyakini dapat menyelesaikan masalah ini.

Okay setakat itu sahaja,Saya akan menyambung pada waktu yang sesuai.Pengguna nama diatas adalah simbolik utnuk memberi gambaran yang jelas untuk anda menangi masalah sebagai peranan anda Suami atau Isteri.

Sekian Terima Kasih :)
Assalammulaikum!

Monday, September 12, 2011

Miliki Cita-Cita Yang Tertinggi

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tajuk ini saya akan memberi perjelasan kepada anda mengenai Cita-Cita Tinggi. Individu yang berjaya adalah individu yang ada matlamat dan cita-citanya,tanpa mengira seberapa kecil atau besar atau sangat besar cita-cita anda.anda mampu mencapainya jika anda mempunyai matlamat yang jelas.

Saya memberi contoh.

Abu miliki cita-cita menjadi seorang Saintis Yang Agung Dunia dan menang Hadiah Nobel dalam dua bidang iaitu Fizik dan Biologi.Dia belajar sains dengan bersungguh-sungguh,matlamat abu menjadi Saintis Yang Agung Dunia.Pada suatu hari abu mengambil keputusan untuk mengambil STPM iaitu (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dalam aliran sains,Aliran paling digeruni oleh semua pelajar dalam STPM.Tetapi keluarga abu menghalangnya dari mengambil STPM,kerana ia terlalu sukar dan membazir masa.Abu tidak peduli kerana cita-cita menjadi Saintis Agung Dunia.Keluarga abu tetap menlarangnya juga.Pada sesuatu hari tekanan semakin memuncak,keluarga tetap menlarangnya,tetapi abu langsung tidak mengalah.Abu berkata dengan Falsafah abu kepada keluarganya.

"Mana mungkin Helang yang gagah dan terbang tinggi takut terbang!"

ayahnya berkata "Apa maksudmu?"

"Mana mungkin Saintis Yang Hebat Dan Berjaya takut belajar pada pekara yang asas!"

Untuk menjadi Individu yang hebat,anda tak perlu takut pada perkara yang asas.Jelas?,abu punyai matlamat yang jelas kerana ia tahu jika ingin menjadi saintis yang hebat dan berkaliber ia perlu belajar perkara yang asas dan menuju jalan ke arah matlamat sebenarnya.Dalam Hukum Tarikan abu bertindak dengan penuh perasaan baik kerana ia berfikiran baik dan yakin matlamat sebenarnya akan tercapai dengan perasaan cinta abu pada bidang sains. Jadi cita-cita penting untuk anda,Pasang lah cita-cita anda setinggi angkasa mahupun sebesar semesta kerana cita-cita adalah cinta-cinta anda pada sesuatu perkara.Perlu diingatkan,dalam Hukum Tarikan perkara yang anda cinta dan imiginasikan perkara yang anda cinta,anda sebenar sedang menarik perkara yang anda cinta itu kepada anda!!.

KESIMPULAN
Pasang lah cinta-cinta anda,kerana ia memberi inpirasi kepada anda untuk mencapai matlamat sebenar.Anda perlu tahu untuk menjadi lebih baik anda perlu belajar perkara yang asas,dengan kekuatan asas anda akan beralih pula pada pekara yang lain yang berkaitan dengan cinta-cinta anda dan seterusnya anda bertambah lebih baik!

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum. :)

Sunday, September 11, 2011

Pendidikan & Hubungan Hukum Tarikan

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin memberi pendapat saya di ruang blog mengenai Pendidikan.Ramai antara kita akan memandang hebat apabila seseorang itu memilik Ijazah Sarjana Muda,Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.Tetapi saya tidak memandang hebat hanya memandang kesanggupan mereka mengerja cita-cita mereka.Mereka itu sangat cekal dan bagus pada pendapat saya.Masyarakat kita akan memandang itu sebagai jaminan kerjaya,mereka kurang memandang tentang "Penghayatan" ilmu.Penekanan penghayatan ilmu penting kerana mereka belajar untuk menimba ilmu bukan untuk kerjaya yang selalu dipandang tinggi oleh masyarakat.Pelajar yang belajar dengan Perspektif "Saya belajar untuk dapat pekerjaan yang baik dan berpangkat tinggi".Penilaian ini kadang-kala atau mungkin selalu terjadi akan menyebabkan pelajar tersebut akan belajar secara paksa,hanya untuk dapat gred tinggi atau sebagainya akan menyebabkan pelajar tersebut tertekan apa yang mereka pelajari.Mereka hanya mahu Gred yang Tinggi tanpa penghayatan Ilmu mereka pelajari.Perspektif yang salah akan menjerumus kepada kaedah atau keadaan yang salah.

Jika anda pernah dengar kekawan anda atau adik-beradik anda dengan kata-kata mereka

"Aku rasa nak give up lah."
"Penat doe"
"Asal masih tak dapat ini?..padahal aku study berjam-jam."
dan sebagai

Kawan atau adik-beradik anda mungkin atau memang memberi Perspektif yang salah untuk menimba ilmu.Apa yang mereka perlu lakukan ialah mengubah Perspektif mereka itu.Mereka perlu memberi perspektif positif untuk menimba ilmu.

Bina Perspektif Positif  seperti "Aku menimba ilmu untuk mengetahui kebenaran" atau "Aku ingin mengetahui sesuatu bidang dengan lebih mendalam" atau apa-apa sahaja yang membawa anda kearah keikhlasan untuk menuntut ilmu.Bina ayat itu yang sesuai dengan diri anda.Penilaian pertama seperti langkah pertama menuju matlamat akhir.Jadi Perspektif ini penting apabila kita melihat sesuatu perkara.

Anda pasti tahu Hukum Tarikan akan bertindak sekira anda menilai sesuatu perkara sama ada Positif atau Negatif ia akan memberi hasil sama ada Positif atau Negatif mengikut tenaga yang anda keluarkan.Jika anda mengeluarkan tenaga Positif untuk membina Perspektif Positif anda perlu bertanya pada diri anda dengan soalan ini

"Apakah tujuan aku belajar untuk kerjaya atau penghayatan ilmu?"
"Benarkah aku ikhlas lakukan ini?"
"Adakah aku cinta apa yang lakukan ini?"
"Adakah aku suka bidang ini?"
"Apa manfaaf aku lakukan ini?"
dan jawablah dengan ayat yang Positif sehingga jadi Perspektif itu terjadi pada Perspektif anda.

Perspketif yang anggap betul mungkin salah dan Perspektif yang anggap salah mungkin betul.Jadi anda perlu berhati-hati memberi jawapan soalan diatas dengan cara "Perspektif yang baru dan Perspektif yang Positif"kerana Perspektif wujud apabila anda mengemukan cadangan,hujah atau jawapan dalam sesuatu bidang atau  perkara.


Perlu diingatkan disini,Perspektif ini seperti bulu yang terawang-wang di udara ia tiada yang muktamad.Saya akan beri penerangan yang jelas:

Perspektif anda itu mungkin anda anggap Positif dan Kukuh tetapi tidak Positif dan kukuh pada orang lain dan begitu juga sebaliknya,anda mungkin dengar mereka berkata "Pandangan awak itu salah,pandangan saya betul atau "Pandangan saya betul,pandangan awak itu salah"kes ini seperti berdebat ia tiada muktamad kerana setiap individu berbeza Perspektif dunianya kerana mereka hidup dengan pelbagai latar belakang.Seterusnya,Perspektif akan kukuh apabila anda telah punyai pengalaman dalam sesuatu bidang atau perkara.Kekukuhan sangat kuat apabila anda punyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang atau perkara.Tanggapan Positif atau Negatif mengikut pengalaman anda,Sekiranya ia Negatif baiki semula kesalahan anda dalam sesuatu bidang atau perkara,Jika ia Positif tambahkan dengan lebih baik lagi!supaya anda terus berkembang dar hari ke hari dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun.Tak perlu takut membina Perspektif yang baru walaupun kita tiada/kurang dalam sesuatu bidang atau perkara kerana jika anda berfikir negatif seperti takut anda sebenarnya memberi Perspektif yang negatif!! kepada Pembinaan Perspektif Baru anda sendiri!!.Musuh utama anda adalah diri anda sendiri.

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum :)




Tenaga Positif

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin berkongsi kepada Topik "Tenaga Positif".Tenaga Positif menghasilkan perkara yang Positif kepada kta jika berfikir Positif.Jadi untuk berfikiran Positif anda perlu memberi soalan Positif dan jawapan Positif.Jika selama ini anda selalu bertanyakan soalan ini kepada diri anda sebagai contoh

"Adakah ini bahaya?"
"Aku tak boleh buat"
"Susah lah!"
atau Sebagai.

Secara umumnya,Soalan yang negatif akan memberi jawapan yang negatif.Jika anda mengubahnya kepada jawapan yang Positif anda sukar lakukannya kerana Minda anda yang Negatif.Buktinya anda beri soalan yang Negatif!!.Jadi apa yang anda perlu lakukan tanya soalan itu pada Perspektif yang Positif dan Ayat-ayat yang Positif,jawapan anda akan cenderung kearah Positif!.Lakukan ini dalam kehidupan anda.Apa-apa persoalan yang terbina anda beri lah soalan yang Positif dari itu wujud lah  Perspektif yang Positif.

Sekian Terima Kasih.
Assalammulaikum :)

Thursday, September 8, 2011

Perspektif Harian

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Saya akan berkongsi dengan anda mengenai Perspektif atau Penilaian terhadap sesuatu perkara.Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan anda. Perspektif yang positif akan memberi tanggapan yang positif dan membina hubungan Positif. Sebagai contoh

Anda melihat seorang ibu sedang memanja dengan anaknya,anda menilai ia  memanjakan anaknya memberi  kesan yang buruk.Tatapi tidak pada Perspektif Positif.Perspektif Positif akan menilai perkara itu sebagai Positif.Apa yang membezakannya individu yang menilai itu.Setiap individu berbeza cara penilainya dan tahap penilainya.Apa yang saya cuba sampai kepada anda jadi lah seorang optimistik.Lebih banyak anda menilai dengan Perspektif yang Positif kehidupan atau Dunia anda akan melihat dunia ini kearah Mega Positif.

Apa-apa sahaja anda melihat dan mendengar cuba menilai ke arah Perspektif yang Positif.Pada pendapat saya ada dua Perspektif dalam kehidupan iaitu

Perspektif Sekilas Pandang
Perspektif Pemikiran

Perspektif Sekilas Pandang apabila anda menilai sesuatu perkara dengan jangka masa pendek sahaja dan melupakan sahaja. Ia biasa dalam kehidupan seharian kita. Apabila anda membaca Surat Khabar anda membaca pelbagai berita seperti kes rogol,perompakan,Politik dan sebagai.Anda akan membina pelbagai Perspektif sama ada Perspektif Positif atau Negatif. Sekiranya anda memberi Perspektif yang Negatif anda sebenarnya melihat ini dunia Niegatif dan jika anda memberi Perspektif yang Positif anda akan memberi Perspektif yang Positif kepada dunia anda.Maksud Dunia itu,Perspektif anda melihat dunia ini atau dunia anda.Saya mengalakkan anda memberi Perspektif yang Positif supaya memberi hasil yang Positif.Ingat,Individu berfikiran Positif memberi Perspektif yang Positif.

Perspektif Pemikiran
Perspektif Pemikiran ialah individu yang selalu memikirkan masalah dan memberi nilai terhadap sesuatu masalah.Individu seperti ini selalu akan mengkaji sesuatu masalah dengan mendalam tanpa dipengaruhi perspektif personal ia mengkaji pada fakta dan Ujikaji.Perspektif Pemikiran bukan ahli sains,ideologi atau penyelesaian yang kompleks dan rumit dengan keputusan yan muktamad tetapi ada setengah ahli sains ada Perspektif Pemikiran. Individu ini seperti ahli fikir,memberi Perspektif kepada sesuatu masalah pada pelbagai sudut perspektif.Mereka cuba mengaitkan atau menghubungkan penilaian yang mereka sudah buat itu kepada satu gambaran yang besar atau "Big Picture".Individu ini orang bijak cara pemikirannya.Perlu ingat Perspektif Pemikiran tiada keputusan yang muktamad yang boleh diterima semua orang kerana ia hanya dinilai oleh individu sahaja,Individu yang lain mungkin berbeza pendapat dengannya.

Kesimpulanya
Anda perlulah memberi Perspektif yang Positif apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara atau masalah.Dengan ini kehidupan anda senantiasa di sekelilingi tenaga dan perkara yang Positif.

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum :)

Buku The Secret

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera
Saya ingin berkongsi dengan anda.Saya mengalakkan anda membeli dan membaca buku The Secret ini sehingga habis.Keperluan ingin penting supaya anda faham tentang situasi yang sebenar yang alami selama ini.Harga mungkin RM 60 atau lebih.Saya kurang pasti berapa harganya.Jadi bebelanja sebanyak untuk diri anda sendiri.Pelaburan sungguh berbaloi jika anda memiliki buku ini.Membaca dan memahaminya.Bahasa Inggeris yang digunakan adalah standard sahaja.

Setakat ini sahaja sekian Terima Kasih!Assalammulaikum :)

Menarikan Kekayaan

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Saya akan berkongsi kepada anda bagaimana menggunakan Hukum Tarikan untuk menarik Kekayaan.Apa yang saya berikan kepada anda adalah asas.Ye kenapa asas?.Jika seorang murid mahu menjadi Pakar Matematik ia perlu membina asas-asas Matematik yang kuat dan kukuh.Sama juga dengan Hukum Tarikan ini.Jika anda dapat menguasai asas-asas Hukum Tarikan anda akan mengandakan kekayaan anda.

Kekayaan
Jika anda seorang Pengurus,tauke,pekerja,dan sebagai untuk menarik kekayaan anda perlu Love apa yang anda lakukan.Contoh mudah, jika anda seorang pengurus sesebuah syarikat apa yang anda lakukan perlu dengan perasaan Love atau Cinta terhadap sesuatu pekerjaan anda lakukan!.Pekerjaan yang anda lakukan dengan perasaan Cinta membolehkan anda mendekati kepada kekayaan dan kekayaan.

Lebih banyak Cinta anda kepada pekerjaan anda lebih banyak kekayaan mendekati anda!.Tapi perlu ingat "Kemahiran Pengurus" anda.Jika anda sebelum ini kurang cekap pada sesuatu pengurus,anda perlu membaiki kelemahan anda itu.Anda tak perlu rasa takut,risau,tertekan atau apa-apa sahaja kerana jika anda berfikir sedemikian sebenar anda sabotaj diri anda sendiri kerana anda menghalang diri anda berkembang! dan lagi anda menarik perkara yang anda tak inginkan kepada hidup anda dan itu penghalang untuk diri anda mengatasi kelemahan

Kawalan minda anda perlu dilakukan supaya minda senantiasa kearah Positif bukan sebaliknya.Kekurangan "Kemahiran Pengurusan dan Pekerjaan" perlu dilihat sebagai Positif.Apa yang anda perlu lakukan untuk mengatasi kelemahan ini anda perlu senantiasa positif dan CINTA.Positif bermaksud berfikiran Baik.Cinta bermaksud "Perkara Yang Kita Suka atau Minat" jadi apabila digabungkan Positif dan Cinta.Tenaga yang keluar sungguh hebat! dan berkuasa!.Berfikiran Negatif anda akan terus terkubur!.Positif +Cinta perlu senantiasa dilakukan supaya ia tertanam di Minda Separa Sedar anda.Anda akan menjadi orang positif!!

Positif + Cinta
Ia perlu senantiasa dilakukan dan berkembang!.Tenaga Positif +Cinta itu perlu meningkat hingga tahap Maksimum! pada hari ke hari.Tenaga ini akan menyebabkan anda tiada alasan untuk melakukan sesuatu pekerjaan walaupun pekerjaan itu ada lemah lakukan!Kenapa? kerana ada Cinta dan Positif pekerjaan anda lakukan!

Tindak-tanduk anda menghasil kejayaan. "Bagaimana anda menanam padi seperti itu juga anda menuainya".Jadi Minda Positif+Cinta akan menghasil pekerjaan lebih baik dan berkembang.Dengan pekerjaan yang lebih baik dan berkembang secara tak langsung kekayaan sedang kerja anda!!

Pembinaan Ayat Positif perlu anda bina sendiri kerana anda sahaja yang puas hati jika ayat positif itu sesuai dengan anda.

Setakat ini sahaja sekian Terima Kasih! 
Assalammulaikum :)  

Wednesday, September 7, 2011

Motivasi: Kehidupan

Assalammulaikum, Salam Sejahtera

Saya memberi sedikit Motivasi kepada anda. Motivasi ini bertujuan supaya anda kenal pada diri anda sendiri.

Jika anda mengalami kegagalan ia tidak bermakna ia gagal selama-lama. Sebab apa?Sebab anda hanya lakukan satu kegagalan sahaja atau mungkin dua,tiga sahaja.Tak perlu anda risau pada kegagalan itu kerana kegagalan Guru Terbaik untuk anda jika anda orang-orang yang berfikir. Orang-orang berfikir iaitu orang yang berfikir mengenai sesuatu masalah,penyelesaian,bagaimana untuk lakukan ini? dan sebagai. Jika anda mengambil Kegagalan itu sebagai pengajaran dan memperbaiki kelemahan sedia ada. Jika begitu anda adalah pemenang! kerana orang gagal adalah orang gagal bangkit dari KEGAGALANNYA!!.Jadi bangkit lah!!

Jika anda bertanya kepada saya "Apakah Kaedah Terbaik Untuk Saya Bangkit kepada Kegagalan?"

Pertama,Ubah Perspektif anda mengenai Kegagalan.Bina Perspektif yang baru dan Positif! dengan memandang Kegagalan itu sesuatu yang indah!!.Fikir semula,Jika anda memberi Pespektif yang Positif mengenai Kegagalan anda sebenarnya memberi Tenaga yang Positif kepada minda separa sedar anda. Minda Separa Sedar anda akan memprogram semula dan menganggap Kegagalan itu adalah indah.Penerima Jiwa dan Minda anda mengenai sesuatu perkara yang anda risau atau takut akan memberi ketenangan yang hebat dan Perasaan anda akan bebas keluar dengan Super!

Lakukan sebelum tidur.Sebelum tidur anda perlu berkata "Kegagalan itu Indah..Saya sayang Kegagalan!" nampak macam pelikkan?Tapi hasil memberi kesan yang baik.Saya kurang mengalakkan anda mengikuti ayat saya diatas,saya mengalakkan anda supaya membina ayat sendiri yang memberi rasional kepada pemikiran anda mengenai kegagalan dengan membina ayat sendiri.Rasional di sini supaya pemikiran Logik anda dapat menerima rasional itu dan tidak tertekan kepada diri anda.Ulang ayat rasional itu sebelum tidur selama sebulan.Kenapa ketika tidur?Kerana semasa anda tidur minda akan memproses perkataan itu dan disimpan di minda separa sedar.Apabila dilakukan selama 30 hari Minda Separa Sedar akan membawa program itu kepada kehidupan anda.

Sekian Terima Ksih :)
Assalammulaikum!

Cinta

Assalamulaikum, Salam Sejahtera.

Suda Terlalu lama saya membiarkan blog ini terbiar sahaja. Blog ini terbina kerana saya mendalami ilmu Hukum Tarikan yang mendalam dengan Seorang Guru.Tapi tidak sedalam mana semua saya akan bincangkan disini adalah asas dan mudah. Okay, mengenai Entry saya kali ini saya akan mengemukakan kes Cinta.

CINTA
Mengenai Cinta, Ramai yang berpatah hati apabila mereka bercinta dari menyayangi seseorang Kekasih. Untuk mendapatkan Cinta memang mudah atau mungkin mencabar. Pernah anda mendengar kawan,kakak,abang,adik atau sesiapa sahaja yang patah hati apabila kekasih yang mereka cintai itu pergi meninggalkan mereka atau berpaling kepada yang lain?.

Jika Ya, Mari kita lihat Apa penyebab berlaku itu.Dalam Buku The Secret Jika anda Berfikir Positif anda menarik yang positif,anda akan menerima tenaga positif dari sekeliling. Positif ini maksudnya anda senantiasa berfikiran positif dan jiwa yang murni. Ia perkara asas bukan?. Jadi saya sarankan anda berfikir semula tentang cinta anda dengan si dia. Tanya soalan ini kepada anda

Adakah aku bercinta merasa sangat risau atau negatif mengenai si Dia?

Adakah aku terlalu memikirkan keburukan ketika bercinta?dengan Si dia?

Adakah aku terlalu mengongkong si dia kerana terlalu cemburu?

Adakah aku Ketika bercinta mahu memberikan terbaik sehingga merimaskan si dia kerana takut si dia curang?

dan seterusnya anda cuba bertanya pelbagai soalan sehingga anda rasa PUAS hati dengan soalan yang anda berikan itu dan jawapan yang anda diberikan itu.Soalan dan jawapan semua terletak di tangan anda.
PUNCA
Secara umumnya Putus Cinta di pertengahan jalan berlaku apabila si pencinta itu terlalu melihat keburukan apabila mereka bersama atau menjalani Percintaan itu.

Contoh mudah, Apabila anda bercinta anda terlalu memberi persepsi atau tanggapan yang salah mengenai percintaan itu. Anda selalu berikan

"Macam mana kekasih aku sekarang adakah dia ada kekasih lain selain daripada aku?"
"Aku sayang dia..aku tengok dia macam tak sayang pada aku.."

dan pelbagai persoalan yang NEGATIF yang timbul di minda anda.Jika ini berlaku anda menarik tenaga Negatif menguasai atau BERKERAJAAN di minda anda. Dengan ini, Minda separa sedar anda akan menerima sahaja Program Baru anda itu dan Menrealisasikan kepada kehidupan sebenar. Jadi Salah Siapa sekarang ini?

Apa yang anda perlu lakukan ialah Kurangkan memberi Persoalan Negatif atau tidak langsung dan Memberikan lah Persoalan Yang Positif. Keyakinan perlu ada kerana jika keyakinan bergabung dengan Minda Positif ia memberi hasil yang Terbaik kepada diri anda.Keyakinan dapat dipupuk dengan memberi Perspektif baru dengan sudut yang Positif. Jadi cuba anda memandang Perspektif yang baru dengan sudut yang Positif mengenai Alam Percintaan anda.

Okay Setakat ini sahaja.
Saya akan mengulas lebih banyak lagi dengan Entry akan datang.
Assalammulaikum :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...