Thursday, September 8, 2011

Perspektif Harian

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Saya akan berkongsi dengan anda mengenai Perspektif atau Penilaian terhadap sesuatu perkara.Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan anda. Perspektif yang positif akan memberi tanggapan yang positif dan membina hubungan Positif. Sebagai contoh

Anda melihat seorang ibu sedang memanja dengan anaknya,anda menilai ia  memanjakan anaknya memberi  kesan yang buruk.Tatapi tidak pada Perspektif Positif.Perspektif Positif akan menilai perkara itu sebagai Positif.Apa yang membezakannya individu yang menilai itu.Setiap individu berbeza cara penilainya dan tahap penilainya.Apa yang saya cuba sampai kepada anda jadi lah seorang optimistik.Lebih banyak anda menilai dengan Perspektif yang Positif kehidupan atau Dunia anda akan melihat dunia ini kearah Mega Positif.

Apa-apa sahaja anda melihat dan mendengar cuba menilai ke arah Perspektif yang Positif.Pada pendapat saya ada dua Perspektif dalam kehidupan iaitu

Perspektif Sekilas Pandang
Perspektif Pemikiran

Perspektif Sekilas Pandang apabila anda menilai sesuatu perkara dengan jangka masa pendek sahaja dan melupakan sahaja. Ia biasa dalam kehidupan seharian kita. Apabila anda membaca Surat Khabar anda membaca pelbagai berita seperti kes rogol,perompakan,Politik dan sebagai.Anda akan membina pelbagai Perspektif sama ada Perspektif Positif atau Negatif. Sekiranya anda memberi Perspektif yang Negatif anda sebenarnya melihat ini dunia Niegatif dan jika anda memberi Perspektif yang Positif anda akan memberi Perspektif yang Positif kepada dunia anda.Maksud Dunia itu,Perspektif anda melihat dunia ini atau dunia anda.Saya mengalakkan anda memberi Perspektif yang Positif supaya memberi hasil yang Positif.Ingat,Individu berfikiran Positif memberi Perspektif yang Positif.

Perspektif Pemikiran
Perspektif Pemikiran ialah individu yang selalu memikirkan masalah dan memberi nilai terhadap sesuatu masalah.Individu seperti ini selalu akan mengkaji sesuatu masalah dengan mendalam tanpa dipengaruhi perspektif personal ia mengkaji pada fakta dan Ujikaji.Perspektif Pemikiran bukan ahli sains,ideologi atau penyelesaian yang kompleks dan rumit dengan keputusan yan muktamad tetapi ada setengah ahli sains ada Perspektif Pemikiran. Individu ini seperti ahli fikir,memberi Perspektif kepada sesuatu masalah pada pelbagai sudut perspektif.Mereka cuba mengaitkan atau menghubungkan penilaian yang mereka sudah buat itu kepada satu gambaran yang besar atau "Big Picture".Individu ini orang bijak cara pemikirannya.Perlu ingat Perspektif Pemikiran tiada keputusan yang muktamad yang boleh diterima semua orang kerana ia hanya dinilai oleh individu sahaja,Individu yang lain mungkin berbeza pendapat dengannya.

Kesimpulanya
Anda perlulah memberi Perspektif yang Positif apabila melihat atau mendengar sesuatu perkara atau masalah.Dengan ini kehidupan anda senantiasa di sekelilingi tenaga dan perkara yang Positif.

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...