Thursday, June 28, 2012

Teknik Motivasi-Puan Ainon Mohd






Video di atas adalah sesuai untuk sesiapa memahami bidang latihan, kaunseling dan motivasi. Saya suka bidang ini. Melatih diri dan orang lain. Puan Ainon Mohd buat penyelidikan Teknik Motivasi Islam. Harapn beliau berjaya dan kaya dalam kerjayanya.

Tuesday, June 19, 2012

Buku Yang Anda Patut Baca!










Assalammulaikum!
Baik, buku-buku ini anda wajib baca! Karya Quranic itu ada wajib dan mesti. Sebab apa? anda perlu faham. Law Of Attraction untuk ada tidak salah faham dan anda faham keindahan islam itu sendiri. Percaya lah, saya sudah baca semua buku-buku atas. Dan sekarang peluang anda semua untuk baca dan menikmati!
Semoga Berjaya!

Dapat Ipad 2!

Assalammulaikum!

Baik, saya mahu anda tahu. Saya bukan pakar bertauliah dalam bidang motivator walaupun saya memang ada kemahiran sebegitu. Blog ini bertujuan menceritakan balik apa yang saya telah lalui dan berkongsi dengan anda semua.

Tahun lepas 2011. Saya selalu melihat kanak-kanak memiliki dan menggunakan Ipad. Hati saya memang mahu. Tapi tidak obses. Saya mahukan mungkin akan memudahkan saya. Untuk memiliki Ipad itu, saya mula dengan berfikir dan perasaan baik. Berfikir saya sudah dapat dan berperasaan saya sungguh gembira dan seronok menggunakannya. Tidak terlalu kerap saya fokus kepada Ipad. Hanya pada waktu tertentu.

Jadi, selepas beberapa bulan termasuk tahun ini. Saya sudah memiliki Ipad 2! Sungguh senang bukan? Tidak menggunakan duit saya. Orang lain yang belanja. Memang rasa ajaib. Sudah tentu Kuasa Allah Maha Besar. Untuk kita memiliki sesuatu apa kira pun kesihatan, kekayaan, hubungan baik atau apa-apa sahaja. Hanya berfikir dan feeling good seterusnya percaya anda sudah memilikinya!

Ia sesuatu yang tidak dijangkakan jika kita hanya berfikir apa yang kita mahu dan perasaan baik seterusnya kita dapat rasa apa yang kita mahukan itu dapat pada saat sekarang! Jadi, apa yang kita mahukan?

Assalammulaikum.

Saturday, June 9, 2012

Sedekah

Asslammulaikum.

Kepada semua yang setia menunggu tajuk-tajuk terbaru dari blog ini. Saya dengan hati terbuka memohon maaf. Sebab saya lama tidak update blog ini. Baiklah, berbalik tajuk di atas. Sedekah. Dalam hukum tarikan, apabila kita mendermakan atau memberi sumbangan yang penuh keikhlasan. Kebaikan dan keharmonian datang semula pada kehidupan kita.

Ia mudah. Apabila kita meringankan beban orang lain dengan beri sesuatu kebaikan. Kita pun akan menerima kebaikan. Itu lah Hukum Tarikan. Semua adalah pengaruh minda. Minda yang baik memikirkan sumbangan tidak perlu mahu apa-apa dari manusia. Hanya mengharapkan keredhaan dari Allah s.w.t.

Derma itu mudah. Tidak kira kecil atau besar sumbangannya. Ia tetap dikira oleh Allah. Sedekah dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah. Adalah tanda minda kita berfikir dengan baik. Sedekah lah. Tak kira di mana sahaja di muka bumi Allah ini. Asalkan kita sedekahkan itu diredhaan oleh Allah.

Baik lah itu sahaja. Assalammulaikum. :D

Tuesday, October 4, 2011

Manusia



Walaupun terjadi,Aku tak akan mengalah..
sebab
Aku tahu,aku manusia...
Kalau aku ingin gunung itu di toreh denganku nescaya aku akan lakukan,jika aku ingin.
sebab...
Tiada kamus hidupku apa itu putus asa..
kamus hidupku 
kalau aku mahu,ia pasti dapat...
ada di hidupku...

Sebab aku Manusia....
Mencipta peradaban
dengan jati diri
oleh itu,
Tiada sebab aku mengalahkan...

Aku adalah MANUSIA..
jadi mari lah...
Membina masa depan yang mampan....

Tuesday, September 13, 2011

Politik Di Rumah

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai peranan Suami sebagai Pemimpin Keluarga.Saya menggunakan Istilah Politik Di Rumah kerana saya menggambarkan seorang suami itu adalah Perdana Menteri Di Rumah atau wilayah sewaktu dengannya. Perana Suami atau Pemimpin,melindungi,menyelesai,menjaga,menentang,menahan,dan sebagainya dalam politik. Rumahtangga atau Negara yang Aman dan Harmoni adalah terletak kepada kebijaksanaan pada Pemimpin Tertinggi nya.Suami perlu bijak dalam menangi isu semasa,cabaran, dan ancaman di sekelilingnya untuk memelihara keluarganya.

Sebagai Contoh,
Apabila ada pihak cuba melagakan suami dan isteri,suami itu perlu bijak dalam menjaga dan mempertahankan wilayah nya dari ancaman atau serangan musuh-musuhnya,Kebijaksanaan ia seperti mengenal pasti masalah,ciri-ciri masalah,nyatakan pelbagai cara penyelesainya,buat pilihan terbaik dan bertindak.Cara ini seperti Pemimpin pada peringkat organisasi,mereka mengenal pasti masalah yang mereka hadapi,apa kah ciri-ciri masalah,nyatakan pelbagai cara penyelesainya,memilih pilihan terbaik dan bertindak.Walaupun cadangan ini ringkas dan kurang bagus untuk peringkat yang lebih tinggi ia sesuai pada peringkat rumahtangga.

Komunikasi,
Komunikasi dengan Isteri anda sangat penting dan bagus sekiranya anda punyai skill Komunikasi yang bagus. Anda perlu tahu wanita mereka cenderung menyatakan masalah dan lelaki cenderung bertelagah.Wanita cenderung menyatakan masalah jika ada isu berbangkit,anda lelaki yang kurang berfikir akan bertelagah kerana ia tidak menumpukan pada menyelesaian masalah tetapi pada menyakinkan/menafikan  pada pasangannya tentang sesuatu masalah itu.Dengan Komunikasi Skill anda dapat memberi perjelasan yang teliti dan padat pada sesuatu masalah untuk diselesaikan bersama.

Hubungan.
Seperti di Malaysia, Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri akan mengharmonikan rakyatnya sendiri. Begitu juga seperti Suami Isteri,Suami yang memegang Kerajaan Persekutuan dan Isteri memegang Kerajaan Negeri tempias pada anaknya iaitu rakyat mereka.Kerajaan Persekutuan akan menjaga Kerajaan Negeri dari ancaman dan meningkat tarat ekonomi pada Kerajaan Negeri.Suami perlu menlindungi dari ancaman atau campurtangan asing yang hendak melagakan antara suami dan isteri.Ancaman ini senantiasa wujud,kerana mungkin Kerajaan Negeri itu begitu berharga pada musuh,bermaksud mungkin ada pihak yang inginkan Isteri sang suami itu.Kerajaan Negeri perlu memerhati tindak-tanduk Kerajaan Persekutuan,kerana Kerajaan Persekutuan penentu masa depan Negara.Kerajaan Negeri perlu mengawasi Kerajaan Persekutuan dari mengembangkan jajahan takluk yang bermaksud memberi naungan pada Kerjaan Negeri lain!atau lebih ringkas suami ingin poligami!.Ia perlu berbincang pada (Peringkat Tertinggi RumahTangga) di (Dewan Rumahtangga) perbincangan ini perlu serius dan teliti untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.Mengambil kira kemampuan Kerajaan Persekutuan melindungi,menjaga,taraf ekonomi,bajet dan lain-lain sekiranya Kerajaan Persekutuan ini menambah Kerajaan Negeri lain dibawah naungannya!.Kerajaan Negeri perlu mengemukakan kertas kerja sebagai "Mengapa Kerajaan Negeri Menbantahnya" dari segi ekonomi dan kewangan atau lain-lain.Kerajaan Persekutuan perlu mendengar atau membaca kertas kerja itu.Persetujuan untuk memiliki Kerajaan Negeri lain perlu dari sokongan Kerajaan Negeri yang sedia ada dan Rakyat nya!.Sekiranya jalan penyelesaian menemuai jalan buntu,Kerajaan Persekutuan tidak boleh meminta dari cadangan atau pertolongan dari (Kuasa Asing).Kuasa Asing mereka punyai agenda tertentu pada setiap tindak-tanduknya. Tak PERLU, masalah ini dibawah ke Mahkamah Dunia Rumahtangga.Kerajaan Persekutuan boleh meminta dari Kerajaan Persekutuan yang lain yang boleh dipercayai dan diyakini dapat menyelesaikan masalah ini.

Okay setakat itu sahaja,Saya akan menyambung pada waktu yang sesuai.Pengguna nama diatas adalah simbolik utnuk memberi gambaran yang jelas untuk anda menangi masalah sebagai peranan anda Suami atau Isteri.

Sekian Terima Kasih :)
Assalammulaikum!

Monday, September 12, 2011

Miliki Cita-Cita Yang Tertinggi

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tajuk ini saya akan memberi perjelasan kepada anda mengenai Cita-Cita Tinggi. Individu yang berjaya adalah individu yang ada matlamat dan cita-citanya,tanpa mengira seberapa kecil atau besar atau sangat besar cita-cita anda.anda mampu mencapainya jika anda mempunyai matlamat yang jelas.

Saya memberi contoh.

Abu miliki cita-cita menjadi seorang Saintis Yang Agung Dunia dan menang Hadiah Nobel dalam dua bidang iaitu Fizik dan Biologi.Dia belajar sains dengan bersungguh-sungguh,matlamat abu menjadi Saintis Yang Agung Dunia.Pada suatu hari abu mengambil keputusan untuk mengambil STPM iaitu (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dalam aliran sains,Aliran paling digeruni oleh semua pelajar dalam STPM.Tetapi keluarga abu menghalangnya dari mengambil STPM,kerana ia terlalu sukar dan membazir masa.Abu tidak peduli kerana cita-cita menjadi Saintis Agung Dunia.Keluarga abu tetap menlarangnya juga.Pada sesuatu hari tekanan semakin memuncak,keluarga tetap menlarangnya,tetapi abu langsung tidak mengalah.Abu berkata dengan Falsafah abu kepada keluarganya.

"Mana mungkin Helang yang gagah dan terbang tinggi takut terbang!"

ayahnya berkata "Apa maksudmu?"

"Mana mungkin Saintis Yang Hebat Dan Berjaya takut belajar pada pekara yang asas!"

Untuk menjadi Individu yang hebat,anda tak perlu takut pada perkara yang asas.Jelas?,abu punyai matlamat yang jelas kerana ia tahu jika ingin menjadi saintis yang hebat dan berkaliber ia perlu belajar perkara yang asas dan menuju jalan ke arah matlamat sebenarnya.Dalam Hukum Tarikan abu bertindak dengan penuh perasaan baik kerana ia berfikiran baik dan yakin matlamat sebenarnya akan tercapai dengan perasaan cinta abu pada bidang sains. Jadi cita-cita penting untuk anda,Pasang lah cita-cita anda setinggi angkasa mahupun sebesar semesta kerana cita-cita adalah cinta-cinta anda pada sesuatu perkara.Perlu diingatkan,dalam Hukum Tarikan perkara yang anda cinta dan imiginasikan perkara yang anda cinta,anda sebenar sedang menarik perkara yang anda cinta itu kepada anda!!.

KESIMPULAN
Pasang lah cinta-cinta anda,kerana ia memberi inpirasi kepada anda untuk mencapai matlamat sebenar.Anda perlu tahu untuk menjadi lebih baik anda perlu belajar perkara yang asas,dengan kekuatan asas anda akan beralih pula pada pekara yang lain yang berkaitan dengan cinta-cinta anda dan seterusnya anda bertambah lebih baik!

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum. :)

Sunday, September 11, 2011

Pendidikan & Hubungan Hukum Tarikan

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin memberi pendapat saya di ruang blog mengenai Pendidikan.Ramai antara kita akan memandang hebat apabila seseorang itu memilik Ijazah Sarjana Muda,Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.Tetapi saya tidak memandang hebat hanya memandang kesanggupan mereka mengerja cita-cita mereka.Mereka itu sangat cekal dan bagus pada pendapat saya.Masyarakat kita akan memandang itu sebagai jaminan kerjaya,mereka kurang memandang tentang "Penghayatan" ilmu.Penekanan penghayatan ilmu penting kerana mereka belajar untuk menimba ilmu bukan untuk kerjaya yang selalu dipandang tinggi oleh masyarakat.Pelajar yang belajar dengan Perspektif "Saya belajar untuk dapat pekerjaan yang baik dan berpangkat tinggi".Penilaian ini kadang-kala atau mungkin selalu terjadi akan menyebabkan pelajar tersebut akan belajar secara paksa,hanya untuk dapat gred tinggi atau sebagainya akan menyebabkan pelajar tersebut tertekan apa yang mereka pelajari.Mereka hanya mahu Gred yang Tinggi tanpa penghayatan Ilmu mereka pelajari.Perspektif yang salah akan menjerumus kepada kaedah atau keadaan yang salah.

Jika anda pernah dengar kekawan anda atau adik-beradik anda dengan kata-kata mereka

"Aku rasa nak give up lah."
"Penat doe"
"Asal masih tak dapat ini?..padahal aku study berjam-jam."
dan sebagai

Kawan atau adik-beradik anda mungkin atau memang memberi Perspektif yang salah untuk menimba ilmu.Apa yang mereka perlu lakukan ialah mengubah Perspektif mereka itu.Mereka perlu memberi perspektif positif untuk menimba ilmu.

Bina Perspektif Positif  seperti "Aku menimba ilmu untuk mengetahui kebenaran" atau "Aku ingin mengetahui sesuatu bidang dengan lebih mendalam" atau apa-apa sahaja yang membawa anda kearah keikhlasan untuk menuntut ilmu.Bina ayat itu yang sesuai dengan diri anda.Penilaian pertama seperti langkah pertama menuju matlamat akhir.Jadi Perspektif ini penting apabila kita melihat sesuatu perkara.

Anda pasti tahu Hukum Tarikan akan bertindak sekira anda menilai sesuatu perkara sama ada Positif atau Negatif ia akan memberi hasil sama ada Positif atau Negatif mengikut tenaga yang anda keluarkan.Jika anda mengeluarkan tenaga Positif untuk membina Perspektif Positif anda perlu bertanya pada diri anda dengan soalan ini

"Apakah tujuan aku belajar untuk kerjaya atau penghayatan ilmu?"
"Benarkah aku ikhlas lakukan ini?"
"Adakah aku cinta apa yang lakukan ini?"
"Adakah aku suka bidang ini?"
"Apa manfaaf aku lakukan ini?"
dan jawablah dengan ayat yang Positif sehingga jadi Perspektif itu terjadi pada Perspektif anda.

Perspketif yang anggap betul mungkin salah dan Perspektif yang anggap salah mungkin betul.Jadi anda perlu berhati-hati memberi jawapan soalan diatas dengan cara "Perspektif yang baru dan Perspektif yang Positif"kerana Perspektif wujud apabila anda mengemukan cadangan,hujah atau jawapan dalam sesuatu bidang atau  perkara.


Perlu diingatkan disini,Perspektif ini seperti bulu yang terawang-wang di udara ia tiada yang muktamad.Saya akan beri penerangan yang jelas:

Perspektif anda itu mungkin anda anggap Positif dan Kukuh tetapi tidak Positif dan kukuh pada orang lain dan begitu juga sebaliknya,anda mungkin dengar mereka berkata "Pandangan awak itu salah,pandangan saya betul atau "Pandangan saya betul,pandangan awak itu salah"kes ini seperti berdebat ia tiada muktamad kerana setiap individu berbeza Perspektif dunianya kerana mereka hidup dengan pelbagai latar belakang.Seterusnya,Perspektif akan kukuh apabila anda telah punyai pengalaman dalam sesuatu bidang atau perkara.Kekukuhan sangat kuat apabila anda punyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang atau perkara.Tanggapan Positif atau Negatif mengikut pengalaman anda,Sekiranya ia Negatif baiki semula kesalahan anda dalam sesuatu bidang atau perkara,Jika ia Positif tambahkan dengan lebih baik lagi!supaya anda terus berkembang dar hari ke hari dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun.Tak perlu takut membina Perspektif yang baru walaupun kita tiada/kurang dalam sesuatu bidang atau perkara kerana jika anda berfikir negatif seperti takut anda sebenarnya memberi Perspektif yang negatif!! kepada Pembinaan Perspektif Baru anda sendiri!!.Musuh utama anda adalah diri anda sendiri.

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum :)




Tenaga Positif

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin berkongsi kepada Topik "Tenaga Positif".Tenaga Positif menghasilkan perkara yang Positif kepada kta jika berfikir Positif.Jadi untuk berfikiran Positif anda perlu memberi soalan Positif dan jawapan Positif.Jika selama ini anda selalu bertanyakan soalan ini kepada diri anda sebagai contoh

"Adakah ini bahaya?"
"Aku tak boleh buat"
"Susah lah!"
atau Sebagai.

Secara umumnya,Soalan yang negatif akan memberi jawapan yang negatif.Jika anda mengubahnya kepada jawapan yang Positif anda sukar lakukannya kerana Minda anda yang Negatif.Buktinya anda beri soalan yang Negatif!!.Jadi apa yang anda perlu lakukan tanya soalan itu pada Perspektif yang Positif dan Ayat-ayat yang Positif,jawapan anda akan cenderung kearah Positif!.Lakukan ini dalam kehidupan anda.Apa-apa persoalan yang terbina anda beri lah soalan yang Positif dari itu wujud lah  Perspektif yang Positif.

Sekian Terima Kasih.
Assalammulaikum :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...