Sunday, September 11, 2011

Pendidikan & Hubungan Hukum Tarikan

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin memberi pendapat saya di ruang blog mengenai Pendidikan.Ramai antara kita akan memandang hebat apabila seseorang itu memilik Ijazah Sarjana Muda,Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.Tetapi saya tidak memandang hebat hanya memandang kesanggupan mereka mengerja cita-cita mereka.Mereka itu sangat cekal dan bagus pada pendapat saya.Masyarakat kita akan memandang itu sebagai jaminan kerjaya,mereka kurang memandang tentang "Penghayatan" ilmu.Penekanan penghayatan ilmu penting kerana mereka belajar untuk menimba ilmu bukan untuk kerjaya yang selalu dipandang tinggi oleh masyarakat.Pelajar yang belajar dengan Perspektif "Saya belajar untuk dapat pekerjaan yang baik dan berpangkat tinggi".Penilaian ini kadang-kala atau mungkin selalu terjadi akan menyebabkan pelajar tersebut akan belajar secara paksa,hanya untuk dapat gred tinggi atau sebagainya akan menyebabkan pelajar tersebut tertekan apa yang mereka pelajari.Mereka hanya mahu Gred yang Tinggi tanpa penghayatan Ilmu mereka pelajari.Perspektif yang salah akan menjerumus kepada kaedah atau keadaan yang salah.

Jika anda pernah dengar kekawan anda atau adik-beradik anda dengan kata-kata mereka

"Aku rasa nak give up lah."
"Penat doe"
"Asal masih tak dapat ini?..padahal aku study berjam-jam."
dan sebagai

Kawan atau adik-beradik anda mungkin atau memang memberi Perspektif yang salah untuk menimba ilmu.Apa yang mereka perlu lakukan ialah mengubah Perspektif mereka itu.Mereka perlu memberi perspektif positif untuk menimba ilmu.

Bina Perspektif Positif  seperti "Aku menimba ilmu untuk mengetahui kebenaran" atau "Aku ingin mengetahui sesuatu bidang dengan lebih mendalam" atau apa-apa sahaja yang membawa anda kearah keikhlasan untuk menuntut ilmu.Bina ayat itu yang sesuai dengan diri anda.Penilaian pertama seperti langkah pertama menuju matlamat akhir.Jadi Perspektif ini penting apabila kita melihat sesuatu perkara.

Anda pasti tahu Hukum Tarikan akan bertindak sekira anda menilai sesuatu perkara sama ada Positif atau Negatif ia akan memberi hasil sama ada Positif atau Negatif mengikut tenaga yang anda keluarkan.Jika anda mengeluarkan tenaga Positif untuk membina Perspektif Positif anda perlu bertanya pada diri anda dengan soalan ini

"Apakah tujuan aku belajar untuk kerjaya atau penghayatan ilmu?"
"Benarkah aku ikhlas lakukan ini?"
"Adakah aku cinta apa yang lakukan ini?"
"Adakah aku suka bidang ini?"
"Apa manfaaf aku lakukan ini?"
dan jawablah dengan ayat yang Positif sehingga jadi Perspektif itu terjadi pada Perspektif anda.

Perspketif yang anggap betul mungkin salah dan Perspektif yang anggap salah mungkin betul.Jadi anda perlu berhati-hati memberi jawapan soalan diatas dengan cara "Perspektif yang baru dan Perspektif yang Positif"kerana Perspektif wujud apabila anda mengemukan cadangan,hujah atau jawapan dalam sesuatu bidang atau  perkara.


Perlu diingatkan disini,Perspektif ini seperti bulu yang terawang-wang di udara ia tiada yang muktamad.Saya akan beri penerangan yang jelas:

Perspektif anda itu mungkin anda anggap Positif dan Kukuh tetapi tidak Positif dan kukuh pada orang lain dan begitu juga sebaliknya,anda mungkin dengar mereka berkata "Pandangan awak itu salah,pandangan saya betul atau "Pandangan saya betul,pandangan awak itu salah"kes ini seperti berdebat ia tiada muktamad kerana setiap individu berbeza Perspektif dunianya kerana mereka hidup dengan pelbagai latar belakang.Seterusnya,Perspektif akan kukuh apabila anda telah punyai pengalaman dalam sesuatu bidang atau perkara.Kekukuhan sangat kuat apabila anda punyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang atau perkara.Tanggapan Positif atau Negatif mengikut pengalaman anda,Sekiranya ia Negatif baiki semula kesalahan anda dalam sesuatu bidang atau perkara,Jika ia Positif tambahkan dengan lebih baik lagi!supaya anda terus berkembang dar hari ke hari dari bulan ke bulan dari tahun ke tahun.Tak perlu takut membina Perspektif yang baru walaupun kita tiada/kurang dalam sesuatu bidang atau perkara kerana jika anda berfikir negatif seperti takut anda sebenarnya memberi Perspektif yang negatif!! kepada Pembinaan Perspektif Baru anda sendiri!!.Musuh utama anda adalah diri anda sendiri.

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum :)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...