Monday, September 12, 2011

Miliki Cita-Cita Yang Tertinggi

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tajuk ini saya akan memberi perjelasan kepada anda mengenai Cita-Cita Tinggi. Individu yang berjaya adalah individu yang ada matlamat dan cita-citanya,tanpa mengira seberapa kecil atau besar atau sangat besar cita-cita anda.anda mampu mencapainya jika anda mempunyai matlamat yang jelas.

Saya memberi contoh.

Abu miliki cita-cita menjadi seorang Saintis Yang Agung Dunia dan menang Hadiah Nobel dalam dua bidang iaitu Fizik dan Biologi.Dia belajar sains dengan bersungguh-sungguh,matlamat abu menjadi Saintis Yang Agung Dunia.Pada suatu hari abu mengambil keputusan untuk mengambil STPM iaitu (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dalam aliran sains,Aliran paling digeruni oleh semua pelajar dalam STPM.Tetapi keluarga abu menghalangnya dari mengambil STPM,kerana ia terlalu sukar dan membazir masa.Abu tidak peduli kerana cita-cita menjadi Saintis Agung Dunia.Keluarga abu tetap menlarangnya juga.Pada sesuatu hari tekanan semakin memuncak,keluarga tetap menlarangnya,tetapi abu langsung tidak mengalah.Abu berkata dengan Falsafah abu kepada keluarganya.

"Mana mungkin Helang yang gagah dan terbang tinggi takut terbang!"

ayahnya berkata "Apa maksudmu?"

"Mana mungkin Saintis Yang Hebat Dan Berjaya takut belajar pada pekara yang asas!"

Untuk menjadi Individu yang hebat,anda tak perlu takut pada perkara yang asas.Jelas?,abu punyai matlamat yang jelas kerana ia tahu jika ingin menjadi saintis yang hebat dan berkaliber ia perlu belajar perkara yang asas dan menuju jalan ke arah matlamat sebenarnya.Dalam Hukum Tarikan abu bertindak dengan penuh perasaan baik kerana ia berfikiran baik dan yakin matlamat sebenarnya akan tercapai dengan perasaan cinta abu pada bidang sains. Jadi cita-cita penting untuk anda,Pasang lah cita-cita anda setinggi angkasa mahupun sebesar semesta kerana cita-cita adalah cinta-cinta anda pada sesuatu perkara.Perlu diingatkan,dalam Hukum Tarikan perkara yang anda cinta dan imiginasikan perkara yang anda cinta,anda sebenar sedang menarik perkara yang anda cinta itu kepada anda!!.

KESIMPULAN
Pasang lah cinta-cinta anda,kerana ia memberi inpirasi kepada anda untuk mencapai matlamat sebenar.Anda perlu tahu untuk menjadi lebih baik anda perlu belajar perkara yang asas,dengan kekuatan asas anda akan beralih pula pada pekara yang lain yang berkaitan dengan cinta-cinta anda dan seterusnya anda bertambah lebih baik!

Sekian Terima Kasih
Assalammulaikum. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...