Tuesday, September 13, 2011

Politik Di Rumah

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai peranan Suami sebagai Pemimpin Keluarga.Saya menggunakan Istilah Politik Di Rumah kerana saya menggambarkan seorang suami itu adalah Perdana Menteri Di Rumah atau wilayah sewaktu dengannya. Perana Suami atau Pemimpin,melindungi,menyelesai,menjaga,menentang,menahan,dan sebagainya dalam politik. Rumahtangga atau Negara yang Aman dan Harmoni adalah terletak kepada kebijaksanaan pada Pemimpin Tertinggi nya.Suami perlu bijak dalam menangi isu semasa,cabaran, dan ancaman di sekelilingnya untuk memelihara keluarganya.

Sebagai Contoh,
Apabila ada pihak cuba melagakan suami dan isteri,suami itu perlu bijak dalam menjaga dan mempertahankan wilayah nya dari ancaman atau serangan musuh-musuhnya,Kebijaksanaan ia seperti mengenal pasti masalah,ciri-ciri masalah,nyatakan pelbagai cara penyelesainya,buat pilihan terbaik dan bertindak.Cara ini seperti Pemimpin pada peringkat organisasi,mereka mengenal pasti masalah yang mereka hadapi,apa kah ciri-ciri masalah,nyatakan pelbagai cara penyelesainya,memilih pilihan terbaik dan bertindak.Walaupun cadangan ini ringkas dan kurang bagus untuk peringkat yang lebih tinggi ia sesuai pada peringkat rumahtangga.

Komunikasi,
Komunikasi dengan Isteri anda sangat penting dan bagus sekiranya anda punyai skill Komunikasi yang bagus. Anda perlu tahu wanita mereka cenderung menyatakan masalah dan lelaki cenderung bertelagah.Wanita cenderung menyatakan masalah jika ada isu berbangkit,anda lelaki yang kurang berfikir akan bertelagah kerana ia tidak menumpukan pada menyelesaian masalah tetapi pada menyakinkan/menafikan  pada pasangannya tentang sesuatu masalah itu.Dengan Komunikasi Skill anda dapat memberi perjelasan yang teliti dan padat pada sesuatu masalah untuk diselesaikan bersama.

Hubungan.
Seperti di Malaysia, Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri akan mengharmonikan rakyatnya sendiri. Begitu juga seperti Suami Isteri,Suami yang memegang Kerajaan Persekutuan dan Isteri memegang Kerajaan Negeri tempias pada anaknya iaitu rakyat mereka.Kerajaan Persekutuan akan menjaga Kerajaan Negeri dari ancaman dan meningkat tarat ekonomi pada Kerajaan Negeri.Suami perlu menlindungi dari ancaman atau campurtangan asing yang hendak melagakan antara suami dan isteri.Ancaman ini senantiasa wujud,kerana mungkin Kerajaan Negeri itu begitu berharga pada musuh,bermaksud mungkin ada pihak yang inginkan Isteri sang suami itu.Kerajaan Negeri perlu memerhati tindak-tanduk Kerajaan Persekutuan,kerana Kerajaan Persekutuan penentu masa depan Negara.Kerajaan Negeri perlu mengawasi Kerajaan Persekutuan dari mengembangkan jajahan takluk yang bermaksud memberi naungan pada Kerjaan Negeri lain!atau lebih ringkas suami ingin poligami!.Ia perlu berbincang pada (Peringkat Tertinggi RumahTangga) di (Dewan Rumahtangga) perbincangan ini perlu serius dan teliti untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.Mengambil kira kemampuan Kerajaan Persekutuan melindungi,menjaga,taraf ekonomi,bajet dan lain-lain sekiranya Kerajaan Persekutuan ini menambah Kerajaan Negeri lain dibawah naungannya!.Kerajaan Negeri perlu mengemukakan kertas kerja sebagai "Mengapa Kerajaan Negeri Menbantahnya" dari segi ekonomi dan kewangan atau lain-lain.Kerajaan Persekutuan perlu mendengar atau membaca kertas kerja itu.Persetujuan untuk memiliki Kerajaan Negeri lain perlu dari sokongan Kerajaan Negeri yang sedia ada dan Rakyat nya!.Sekiranya jalan penyelesaian menemuai jalan buntu,Kerajaan Persekutuan tidak boleh meminta dari cadangan atau pertolongan dari (Kuasa Asing).Kuasa Asing mereka punyai agenda tertentu pada setiap tindak-tanduknya. Tak PERLU, masalah ini dibawah ke Mahkamah Dunia Rumahtangga.Kerajaan Persekutuan boleh meminta dari Kerajaan Persekutuan yang lain yang boleh dipercayai dan diyakini dapat menyelesaikan masalah ini.

Okay setakat itu sahaja,Saya akan menyambung pada waktu yang sesuai.Pengguna nama diatas adalah simbolik utnuk memberi gambaran yang jelas untuk anda menangi masalah sebagai peranan anda Suami atau Isteri.

Sekian Terima Kasih :)
Assalammulaikum!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...