Tuesday, June 19, 2012

Dapat Ipad 2!

Assalammulaikum!

Baik, saya mahu anda tahu. Saya bukan pakar bertauliah dalam bidang motivator walaupun saya memang ada kemahiran sebegitu. Blog ini bertujuan menceritakan balik apa yang saya telah lalui dan berkongsi dengan anda semua.

Tahun lepas 2011. Saya selalu melihat kanak-kanak memiliki dan menggunakan Ipad. Hati saya memang mahu. Tapi tidak obses. Saya mahukan mungkin akan memudahkan saya. Untuk memiliki Ipad itu, saya mula dengan berfikir dan perasaan baik. Berfikir saya sudah dapat dan berperasaan saya sungguh gembira dan seronok menggunakannya. Tidak terlalu kerap saya fokus kepada Ipad. Hanya pada waktu tertentu.

Jadi, selepas beberapa bulan termasuk tahun ini. Saya sudah memiliki Ipad 2! Sungguh senang bukan? Tidak menggunakan duit saya. Orang lain yang belanja. Memang rasa ajaib. Sudah tentu Kuasa Allah Maha Besar. Untuk kita memiliki sesuatu apa kira pun kesihatan, kekayaan, hubungan baik atau apa-apa sahaja. Hanya berfikir dan feeling good seterusnya percaya anda sudah memilikinya!

Ia sesuatu yang tidak dijangkakan jika kita hanya berfikir apa yang kita mahu dan perasaan baik seterusnya kita dapat rasa apa yang kita mahukan itu dapat pada saat sekarang! Jadi, apa yang kita mahukan?

Assalammulaikum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...