Saturday, June 9, 2012

Sedekah

Asslammulaikum.

Kepada semua yang setia menunggu tajuk-tajuk terbaru dari blog ini. Saya dengan hati terbuka memohon maaf. Sebab saya lama tidak update blog ini. Baiklah, berbalik tajuk di atas. Sedekah. Dalam hukum tarikan, apabila kita mendermakan atau memberi sumbangan yang penuh keikhlasan. Kebaikan dan keharmonian datang semula pada kehidupan kita.

Ia mudah. Apabila kita meringankan beban orang lain dengan beri sesuatu kebaikan. Kita pun akan menerima kebaikan. Itu lah Hukum Tarikan. Semua adalah pengaruh minda. Minda yang baik memikirkan sumbangan tidak perlu mahu apa-apa dari manusia. Hanya mengharapkan keredhaan dari Allah s.w.t.

Derma itu mudah. Tidak kira kecil atau besar sumbangannya. Ia tetap dikira oleh Allah. Sedekah dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah. Adalah tanda minda kita berfikir dengan baik. Sedekah lah. Tak kira di mana sahaja di muka bumi Allah ini. Asalkan kita sedekahkan itu diredhaan oleh Allah.

Baik lah itu sahaja. Assalammulaikum. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...